# Banjir: Mitos dan Sejarah Dunia.
Banjir merupakan satu fenomena alam yang biasa kita dengar dan alami samada saban tahun. Kejadian ini berlaku berjuta – juta kali semenjak turunnya Nabi Adam a.s. Namun yang paling ketara ialah pada zaman Nabi Nuh a.s apabila banjir besar berlaku dan menenggelamkan seluruh kota tempat tinggal Nabi Nuh a.s dan atas perintah Allah SWT maka diselamatkan sejumlah haiwan dan manusia agar keturunan kedua – dua makhluk ini tidak terputus. Pada tahun 2013 kita juga telah dikejutkan dengan kejadian banjir paling teruk di Malaysia terutama sekali melibatkan negeri Kelantan dan hingga kini masih lagi terdapat sebilangan keluarga yang tinggal di khemah – khemah sementara sebelum rumah mereka dapat diganti semula.
Didalam kajian Oppenheimer di dalam bukunya The Eden In The East. Kawasan Alam Melayu merupakan sebuah kawasan yang mempunyai daratan yang luas dan berlaku transmigrasi di antara penduduk di suatu kawasan ke kawasan yang lain. Beberapa ratus abad kemudian kawasan yang di kenali sebagai The Sundaland mula dipenuhi air dan membentuk kepulauan – kepulauan yang kita kenal hari ini.
Bagi masyarakat dunia kuno banjir ini sering dikaitkan dengan pelbagai lagenda dan mitos, dimana kawasan lautan dan sungai mempunyai dewa yang menjaga pergerakan air tersebut. Di alam Melayu terutamanya di kawasan Jawa Barat terdapat lagenda Nyai Roro Kidul yang mengawal lautan di kawasan pulau Jawa. Manakala di dalam sejarah Greek pula Poseiden merupakan dewa yang ditugaskan bagi menjaga lautan Greek manakala Achelous pula merupakan dewa yang menjaga sungai – sungai Greek dan terdapat sekurang – kurangnya 50 lagi dewa yang berkaitan dengan air di dalam tamadun Greek. Manakala di dalam tamadun Mesir pula dewa Hapi pula merupakan dewa yang bertanggungjawab mengawal keadaan banjir di sepanjang Sungai Nil.
Kitab Satapapatha Brahmana pula menyebut dewa Vishnu telah memberi amaran kepada Manu untuk membuat persediaan menghadapi banjir besar dengan menyuruh Manu membina sebuah kapal besar. Di dalam manuskrip Hindu dipercayai bahawa Manu merupakan manusia pertama di dunia ini. Menurut sejarah tamadun Sumeria pula kesan banjir telah menenggelam dan menghapuskan tamadun Sumeria secara total. Manakala di China Sungai Yang Tze merupakan sungai yang sering menyebabkan banjir selama ribuan tahun hingga ke hari ini walaupun pelbagai langkah pencegahan telah di ambil bagi mengelakkan kejadian banjir ini berlaku.
Kesan banjir bukan sahaja melibatkan perubahan landskap bumi malahan turut merosakkan harta benda serta kehilangan jiwa. Di eropah Negara Belanda adalah sebuah negara yang berada di bawah paras ketinggian normal dan negara tersebut telah mengalami banjir selama hampir 2000 tahun. Kesannya muncul lah Kincir Air dan Kincir Angin bagi mengawal saliran air yang masuk ke dalam negara itu. Sesungguhnya air adalah makhluk ciptaan Allah yang diperintah untuk memusnahkan manusia apabila tiba masanya dan sebagai manusia tugas kita hanyalah berusaha untuk mengelak daripada ia menjadi lebih buruk dan rumit. Tiada daya kita kecuali dengan izin Allah SWT.
Salam buat Penghulu Segala Hari.
Salam buat Penghulu Segala Hari.
((( NHAK )))
Sumber
www.talkorigins.org/pdf/flood-myths.pdf
https://icssis.files.wordpress.com/2012/05/09102012-02.pdf
http://colinmayfield.com/…/c…/discussion/extra/waterGods.pdf
https://en.wikipedia.org/w…/Flood_control_in_the_Netherlands
www.talkorigins.org/pdf/flood-myths.pdf
https://icssis.files.wordpress.com/2012/05/09102012-02.pdf
http://colinmayfield.com/…/c…/discussion/extra/waterGods.pdf
https://en.wikipedia.org/w…/Flood_control_in_the_Netherlands
Jangan lupa dapatkan buku terbaru di pasaran bertajuk Tanah Baru Naga Selatan!. Klik link dibawah untuk info lanjut!

No comments:
Post a Comment