Katar adalah salah satu jenis senjata tradisional India yang berbentuk seperti huruf "H" di mana pengguna akan memegang senjata tersebut dan menyarang seperti menumbuk orang tersebut, tetapi apa yang bezanya, ia mempunyai bilah pedang yang amat tajam. Senjata ini di cipta oleh golongan Mughal dan Rajput pada awal abad ke-17 di mana senjata ini di inspirasikan oleh "brass knuckles" yang hanya untuk mencederakan pihak lawan, bukan membunuh pihak lawan, jadi mereka menggunakan idea Brass knuckles dan meletakkan bilah pedang dan mempunyai pemegang dan mereka menggelarkan "Katara" atau Kattari.
Senjata ini panjang antara 30-90 cm dan seberat antara 8-15 kg. Selalunya pengguna senjata ini akan membawa dua Katar dan selalunya kembar.Pengguna senjata ini selalunya akan terus menikam (seperti anda menumbuk orang) dan membunuh musuh kerana pisaunya agak tajam dan pengguna senjata yang professional, memang tidak akan ada masalah menggunakan senjata ini. Selalunya yang menggunakan senjata ini adalah pengguna yang tangannya tangkas dan pantas atau mempunyai "skill" dalam menggunakan pisau atau pedang sebagai senjata.
Kini senjata ini tidak digunakan sebagai senjata utama seperti dulu, ia menjadi senjata untuk hiasan, ataupun untuk perlindungan, disebabkan senjata ini mempunyai bentuk yang cantik dan unik, ia dicipta dengan pelbagai cara dan bentuk, ada Katar yang mempunyai tiga bilah sekaligus, ada yang boleh membuka seperti kuku Wolverine. Ada juga yang boleh ditembak (ada senjata Katar yang boleh ditembak, dimana pengguna akan menekan butang yang disambungkan spring yang kuat dan apabila ditekan, bila itu akan keluar dari pemegaang dan terus ke arah mangsa, membununya. Sungguhpun begitu, senjata Katar yang boleh menembak jarang digunakan kerana ia agak berisiko dan mudah rosak) dan macam-macam lagi.
Senjata ini juga menjadi salah satu senjata terkenal dalam Konsol-Konsol Game, khususnya game-game yang menggunakan senjata lama. Jika anda bermain game Online Ragnarok, Jika anda memilih watak Thief, anda boleh upgradekan ke Assasin. Assasin dalam game tersebut menggunakan Katar. Sama juga seperti Assasin Creed, Prince of Persia dan lain-lain lagi. Disebabkan itu, banyak bentuk dan jenis-jenis Katar dibuat yang bertujuan digunakan untuk hiasan dan alatan melindung diri.
Gambar: Katar dan Jenis-jenisnya





No comments:
Post a Comment