#spesis SPESIS BAB 80: GILA MONSTER, GILA-GILA!
Gila Monster (Ia disebut "Hee-Laa" Bukan Gila macam kita orang Melayu sebut) atau nama Saintifiknya Heloderma suspectum adalah salah satu keluarga Cicak yang majoritinya berada di Kawasan gurun Amerika dan Mexico. Kebanyakannya di Arizona, Amerika dan Sonara di Mexico. Haiwan ini adalah salah satu jenis cicak yang berbisa tetapi mengikut berberapa laporan, mangsa yang digigit oleh haiwan ini tidak mati selepas terkena bisanya.
Haiwan ini bergerak agak perlahan dan sentiasa berada dipertengahan gurun sama ada ingin mencari makanan (Makanan ia ialah serangga ataupun telur ular dan burung) dan mencari pasangan. Seperti cicak yang lain, haiwan ini akan menjelir lidahnya kerana selain dari merasa makanan yang dimakan, lidahnya juga seperti "antenna" untuk memberinya penunjuk arah kemana ia pergi. Haiwan ini agak besar, ia boleh membesar sehingga 2 kaki dan beratnya antara 400-700 gram. Lifespan Haiwan ini ialah 20-30 tahun.
Haiwan ini mempunyai bisa yang terletak di rahang atas ia, Jika mangsa digigit oleh haiwan ini, mangsa akan demam secara tiba-tiba dan luka gigitan itu menjadi bewarna hitam dan mengeluarkan lendir yang busuk, mangsa selalunya akan sakit seperti seluruh badan dipukul dengan tukul besi tetapi seperti saya kata tadi, tiada apa-apa laporan kematian mangsa selepas di gigit haiwan ini. Sungguhpun begitu, kerajaan Amerika menyarankan untuk tidak mengganggu dan membunuh haiwan ini kerana ia dikategorikan sebagai haiwan "lindungan" oleh Kerajaan Amerika, jika mereka mendapati membunuh haiwan ini atau menjual haiwan ini secara haram, boleh dipenjara 20 tahun (Mengikut undang-undang negeri Arizona)
Haiwan ini juga agak unik apabila mulanya musim mengawan pada bulan Jun hingga September setiap tahun, di mana si jantan akan menjelirkan lidahnya kepada betina, jika betina tidak suka, ia akan gigit leher si jantan dan melarikan diri, jika si betina suka, ia akan...... you know.... bounce bounce. Si betina boleh bertelur antara 3-5 biji sekaligus dan telur ia akan ditanam di dalam tanah sehingga ia menetas berberapa minggu kemudian. Mesti adaa tertanya-tanya mengapa nama ia "Gila"? Kerana pada suatu ketika dahulu, haiwan ini banyak dijumpai di tepi sungai Gila, lokasinya berdekatan dengan Sempadan Amerika dan Mexico.
Nama: Gila Monster
Kategori: Uncommon
Diet permakanan: Telur dan serangga
Lifespan: 20-30 tahun
Habitat: Kebanyakannya di Arizona dan Sempadan USA dan Mexico di Gurun.
Gambar: Gila Monster (Heloderma suspectum)




No comments:
Post a Comment