Friday, 4 December 2015

 #‎generalhistory‬  GENERAL HISTORY BAB 12: KING HAROLD HAREFOOT (1035-1040)
Raja Harold Harefoot dilahirkan di London pada tahun 1015. Beliau adalah anak kepada raja Cnut the great (1016-1035) dan juga adik kepada Putera Harthacnut. Mengikut berberapa pendapat ahli kajian, Harold Harefoot adalah anak angkat, kerana ibunya, Aelgifu adalah mandul. Jadi ibunya mengambil anak dari keluarga miskin dan menjadikannya sebagai putera. Ada juga yang berpendapat yang beliau adalah anak tulen raja Aelgifu dan belia adalah anak raja yang pertama dalam sejarah Empayar English yang mempunyai darah keluarga diRaja England (Aelgifu adalah adik raja Aelthered The Unready, iaitu raja England) dan darah keluarga diRaja Denmark (Raja Cnut adalah raja Denmark).
Selepas kemangkatan raja Cnut pada tahun 1035, abangnya Harthacnut menjadi raja seterusnya, tetapi pertabalannya terhenti apabila beliau (abang Harold Harefoot) mendapat berita yang Denmark diserang oleh pemberontak dan serangan dari kerajaan Norway yang ingin keluar dari empayar Denmark. Jadi beliau menangguhkan pertabalannya dan pulang ke Denmark. Disebabkan itu, Paderi dan orang atasan memilih Harold Harefoot menjadi raja England yang seterusnya. Berlaku penentangan kerana sepatutnya abang Harold, Harthacnut yang menjadi raja di England. Di sebabkan itu, berlaku sekali lagi perpecahan Empayar England (Yang pernah berlaku dalam pemerintahan Raja Eadwig (955-959).
Zaman pemerintahan beliau, beliau meluaskan Empayar dengan menawan sebahagian kepulauan Ireland dan menyelesaikan konfilk perpeecahan Empayar England. Beliau membuang negeri berberapa pemberontak yang menentangnya dan ketua pemberontak dan pemimpin yang memegang pecahan kawasan Empayar semuanya dibunuh, Beliau adalah raja yang pertama membuat hubungan Diplomatik dengan Empayar Rom. Beliau juga memperkenalkan projek baru yang digelar "Water flowing project" di mana beliau membina berberapa bangunan tempat penapisan air untuk memberikan rakyatnya mendapat bekalan air yang bersih tetapi projek itu dihentikan selepas kemangkatan beliau.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1040 ketika usianya 25 tahun. Mengikut sejarah, beliau dibunuh oleh abangnya kerana menganggap beliau merampas kuasanya, ada juga yang berpendapat, selepas perang Norway, Abangnya, Harthacnut pulang ke England dan mendapati adiknya menjadi raja, disebabkan itu beliau pulang semula ke Denmark dan pulang semula ke England selepas kemangkatan adiknya pada 1040. Abang Harold Harefoot, Harthacnut menjadi Raja Empayar England yang seterusnya.
Gambar: Lakaran raja Harold Harefoot (1035-1040)

No comments:

Post a Comment