Friday, 4 December 2015

Falsafah bermaksud pemikiran yang membentuk etika, nilai – nilai moral adat dan kepercayaan masyarakat setempat dan falsafah ini mempunyai nilai – nilai tertinggi dalam kehidupan manusia di dalam mana – mana tamadun. Semakin besar dan gagah sesebuah tamadun itu semakin berkembanglah ilmu dan idea – idea baru yang membentuk nilai sesebuah tamadun itu. Darinya pula akan melahirkan segala jenis penciptaan dan pencapaian manusia seiring dengan ketinggian falsafah sesebuah masyarakat itu. Ini terbukti dengan kelahiran pelbagai tokoh falsafah dunia didalam setiap tamadun seperti di Rom, China, India dan Islam itu sendiri. Malah al- Quran juga melahirkan segala bentuk falsafah yang membentuk masyarakat Islam hari ini.
Kemuncak kepada falsafah inilah melahirkan “Golden Era” atau “Golden Age” bagi sesebuah tamadun seperti mana yang berlaku ketika zaman Kesultanan ‪#‎Melaka‬ dan Kesultanan Acheh suatu masa dahulu. Bagi masyarakat Greek Zaman Emas seperti yang digambarkan oleh Hesiod adalah zaman di mana semua manusia diciptakan secara langsung oleh tuhan-tuhan Olympian. Mereka tidak mempunyai wanita dalam barisan mereka, dan tidak dapat membiak. Mereka hidup kehidupan yang panjang dengan aman dan damai, dan telah sedar kematian. "Bangsa emas" pula ialah manusia abadi (separuh tuhan), bagaimanapun mereka akan mati secara aman dan tidur mereka tidak dikawal oleh penyakit dan umur yang menyakitkan. Zaman Emas Islam pula merujuk kepada tempoh dalam sejarah Islam semasa Zaman Pertengahan dari abad ke-8 hingga abad ke-13 apabila sebahagian besar dunia sejarah berbahasa Arab diperintah oleh pelbagai khalifah, mengalami perkembangan saintifik, ekonomi, falsafah dan budaya.
Walau bagaimanapun falsafah itu mempunyai banyak cabang pemikiran. Antaranya falsafah peperangan yang dipelopori oleh Sun Tzu, Raja – raja Rom dan Greek serta panglima perang zaman moden terutama sekali pada era Perang Dunia Ke 2. Dunia juga melihat kelahiran tokoh – tokoh terhebat dunia yang pernah lahir dari pelbagai latar belakang dan kepimpinan seperti Ibnu Sina, Imam al- Ghazali, Mahatma Gandhi , Karl Mark, Hitler dan Martin Heidegger. Kesemua mereka ini dianggap telah berjaya merubah landskap dunia yang kita kenal hari ini. Para penakluk dunia pada masa dahulu juga menyebarkan pelbagai bentuk falsafah pemikiran kepada negara yang mereka jajah agar suatu masa generasi yang ditakluk itu akan condong kepada negara penakluk itu tadi. Maka lahirlah terma “the son of the west” yang menyebabkan segala bentuk pemikiran, budaya dan corak hidup diadaptasi oleh negara yang ditakluk itu.
Namun jarang sekali kita dapat melihat bentuk – bentuk falsafah pahlawan di Alam Melayu yang dapat kita baca dan kongsikan. Mungkin disebabkan alasan pembudayaan sejarah dikalangan masyarakat Melayu kepada cabang falsafah itu kurang atau tidak diangkat kedalam dunia hari ini maka agar sukar untuk melihatkan “quote” dari para ‪#‎pemimpin‬Melayu yang memberikan kata – kata inspirasi seperti yang diucapkan oleh Sun Tzu iaitu
“If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles. If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat. If you know neither the enemy nor yourself, you will succumb in every battle.”
Antara falsafah dan bentuk pemikiran kaum China yang lain pula ialah
• “Kekayaan dan kehormatan semuanya adalah hasil kerajinan dan jimat, kemiskinan disebabkan berat tangan”
• “Tugas saya ialah berusaha sekuat-kuatnya; terpulanglah kepada Tuhan memberi saya kejayaan”
• “Kekayaan besar bergantung kepada ‪#‎nasib‬; kekayaan kecil datang daripada kerajinan”
Jika diamati secara dalam kaum yang “bermata sepet” mempunyai satu semangat juang dan tidak berputus asa yang begitu tinggi sehinggakan ia diadaptasi dalam pelbagai bentuk penulisan dan visual. Filem – filem bercorak peperangan dan kehidupan sentiasa membuatkan kita mengalir air mata dan seolah -olah merasakan penderitaan yang dialami itu berlaku sepertimana yang kita alami sendiri. Antara contoh yang terbaik ialah filem “My Way” dari Korea yang menceritakan sejarah seorang askar Korea yang dipaksa berkhidmat didalam tentera Jepun dan akhir sekali ditangkap oleh tentera U.S di France semasa D-Day. Manakala di Jepun pula sepertimana yang kita ketahui prinsip “The Way of Bushido”, “‪#‎Kamikaze‬” merupakan bukti yang menyatakan bahawa didalam hidup mereka tiada apa yang boleh menghalang segala usaha yang mereka lakukan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa mereka sendiri dan ini jelas membuktikan bahawa kaum Asia Timur mempunyai semangat perjuangan yang begitu kuat dalam kehidupan mereka dan sangat di segani oleh seluruh dunia.
Namun bagi para peminat buku jika meneliti didalam bidang kesusasteraan Melayu sudah pastilah anda akan bertemu dengan buku – buku bertajuk “Pahlawan Rimba Malaya” oleh SN ‪#‎KerisEmas‬, “Tulang – tulang Berserakan” oleh SN ‪#‎UsmanAwang‬, “Tuan Direktur” oleh‪#‎BuyaHamka‬ dan pelbagai lagi tajuk yang menggambarkan betapa orang Melayu ini begitu kuat semangatnya untuk menongkah arus kehidupan walaupun secara realitinya kisah – kisah yang seperti ini jarang diberi penekanan di dalam apa jua bentuk media hari ini. Secara tidak lansung melahirkan kaum yang lemah fikirannya dan mudah diperbodohkan oleh orang lain.
Jesteru itu adakah orang Melayu hari ini terlalu leka? dan apakah pandangan anda?
Sumber:
Tokoh Falsafah Dunia 2002.
An Introduction to Hesiod’s Works and Days, 2006
The Astronomy of the Mamluks, 1983
Seminar “Round Table Discussion on Managing Unity: How Should the Law React in Maintaining National Harmony”, 2015.
Revolusi Mental, 2002.
https://www.goodreads.com/author/quotes/1771.SunTzu

No comments:

Post a Comment