Friday, 4 December 2015

# Puisi Malaya Zaman Jepun
Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu dari zaman Klasik hingga kini, didapati bahawa perkembangannya amat dipengaruhi oleh perubahan masyarakat. Unsur – unsure luaran mempengaruhi hasil hail karya itu sendiri yang nyata ialah penulisan itu merupakan hasil dari satu keyakinan para penulis itu sendiri. Apakah tulisan dan hasil – hasil saduran daripada sastera Hindu dan Islam merupakan sebuah propaganda? Atau mungkinkah ia merupakan hasil dari satu keyakinan terhadap pengaruh itu sendiri atau paling kurang adakah ia merupakan keyakinan terhadap unsure – unsure baru. Pun begitu puisi – puisi zaman Jepun ini amatlah sukar untuk memisahkan yang mana semata- mata propaganda atau satu keyakinan terhadap perubahan baru itu, yang nyata ialah terdapat perubahan mood dan suasana baru dalam bidang penulisan puisi.
Pada dasarnya zaman Jepun membawa 2 perubahan besar kepada masyarakat melayu iaitu pertama perubahan dalaman masyarakat dari sudut pemikiran dan pergerakan dimana Jepun telah menyatupadukan semua kaum di Tanah Melayu berbanding dengan dasar pecah perintah yang dilakukan oleh Inggeris. Jepun bukan sahaja menyatukan wilayah asal Melayu termasuk Sumatera malahan telah memberi harapan untuk member kemerdekaan kepada Negara – Negara Asia Tenggara.
Perubahan dalaman pula merujuk kepada kejayaan Jepun dalam merubah sikap orang - orang Asia terhadap penjajah Barat. Kekalahan Barat kepada Jepun sedikit sebanyak telah mengembalikan semula hakikat diri orang Asia kepada Asia walaupun hakikatnya Jepun yang memerintah namun Jepun adalah sebahagian daripada Asia. Gagasan ini telah dibuktikan dengan kemengangan dan ketangkasan tentera Jepun menakluki Malaya. Ini ditambah pula dengaan suktikan semangat terutamanya melalui pendidkan dan sebaran propaganda melalui filem dan keseniaan lainnya yang membayangkan kegagahan tentera Jepun dan sikap baru yang anti Inggeris dan Barat.
Kesusateraan pada dasarnya adalah satu alat yang boleh menyebarkan sikap dan semangat baru dengan cara yang lebih berkesan dan ia juga menunjukkan sikap dan sosio budaya sesebuah masyarakat. Pada masa itu hasil – hasil sastera tempatan diterbitkan melalui saluran akhbar dan majalah seperti Berita Malaya, Semangat Asia dan Fajar Asia. Walaupun ini merupakan salah satu cara propaganda namun ia amat berkesan kerana kejayaan – kejayaan yang dilakukan oleh tentera Jepun sepanjang kempen Perang Dunia II. Dari faktor inilah puisi – puisi zaman Jepun telah melahirkan satu cirri khas didalam perkembangan kesusasteraan Melayu dimana puisi – puisi yang lahir adalah lebih konkrit dan tidak hanya bertumpu kepada emosi semata- mata.
Didalam buku ini di lampirkan sebanyak 96 jenis puisi zaman Jepun yang ditulis dari pelbagai latar belakang masyarakat. Antaranya Masuri SN, Adi Satria, HAMKA, Indera maya, Bactiar Effendy , Gadis Muar, Putera Naning, Ninu al Muari dan banyak lagi. Disini admin pilih puisi terbaik bagi admin
Tajuk : Lagu Malaya Mara
Malaya O Malaya
Tanahku yang dicintai
Sekarang bergembira
Kerana Nippon Berjaya
Wahai saudaraku sebangsa
Gunakan ini masa
Mendapat tempat muka
Ini masa kita berusaha
Mencuba naik tangga
Ke tempat lebih mulia
Malaya O Malaya
Tanahku yang dicintai
Mari kerja bersama
Dengan Nippon Diraja
Tentu Kita akan beroleh jaya
Kerana kaum kita
Bangsa yang berbahagia
Ada kita yang bijaksana
Ada hati yang tabah
Antara bangsa kita
Malaya O Malaya
Tanahku yang dicintai
Kerana Nippon Diraja
Sedar dari terlena
Baru tahu kita ini masa
Berapa jauh kita
Tertinggal dari muka
Ayuh saudara sebangsa
Marilah sama-sama
Usaha serta mara
Tetapi harus jaga
Jangan putus asa
Jika dapat gendala
Masa kita usaha
Jika tidak lekas putus asa
Didalam satu kerja
Bangsaku tentu mara
Bangsa yang ku junjung sangat mulia
Ku bantu dengan doa
Supaya lekas jaya
“Fajar Asia – 28 Jun 1943”
Dipetik dan diolah dari Pyan Husayn dan Ismail Ahmad, 1978, Puisi Zaman Jepun,DBP.
Sape cakap sastera tak best? Sastera tulah yang menunjukkan siapa kita diwajah bangsa lain. Kalau bukan kita yang angkat tamadun dan sastera bangsa siapa lagi??.

No comments:

Post a Comment