# Kesang dengan sejarah penemuannya dan di bawah pemerintahan Sultan Ali. Kesang sekarang ini terbahagi antara wilayah Johor dan Melaka.
Sejarah Kesang Tasek dan Riwayat hidup Panglima Laji
Sejarah Kesang Tasek
Kesang Tasik adalah sebuah kampung di tepi Sungai Kesang kira-kira 7 batu mudik dari kuala Sungai tersebut.
Menurut ceritanya, kampung ini telah dibuka oleh seorang benama LAHIR@MO’EN BIN JANNUNG (Ibrahim) BIN KUTAK BIN JEMULING BIN OPU PAJUNG DAENG TELANA BIN OPU LA MADDUSILA (Lamadu Sellah) (nama islam beliau).

Beliau datang bersama-sama dua orang saudaranya iaitu abangnya bernama Tahir dan adiknya bernama Bahir dan ada yang mengatakan beliau datang bersama 5 orang adik beradik beliau yang lain iaitu Panglima Rosul,Tahir (Tok Senin),Tok Kepau dan Bahir.Dan juga ada yang mengatakan beliau asalnya seorang Panglima (Tok Kesang).
Cerita beliau semasa muda tidak dapat di ketahui,Tok Kesang datang ke Tanah Melayu pun dengan umur hampir 100 tahun, Mereka berhijrah dari Daerah Kendal,Tanah Jawa pada akhir kurun yang ke - 18 Masehi.
Perahu yang mereka naiki mulanya sampai ke Pulau Besar. Setelah berhenti beberapa ketika mereka pun naik ke Pantai Serkam.Tahir telah tinggal menetap di Serkam dan Merlimau. Khabarnya ia menjadi Pawang Besar di sana.

Lahir dan Bahir telah meninggalkan Serkam mengikuti Pantai Melaka dengan perahunya yang asal lalu mudik ke Sungai Kesang dimana akhirnya berjumpa dengan satu kawasan hutan di tepi sebelah kanan Sungai Kesang.
Di sebelah kiri Sungai Kesang ada sebuah tasik kecil dan sebuah kampung bernama Tasik di dalam jajahan Negeri Melaka. Berhadapan dengan tasik tersebut, Lahir telah mendirikan tempat kediaman / kampung yang diberi nama Kesang Tasik.

Lahir atau Tok Kesang menetap di Kesang Tasek dan menjadi ketua. Dalam masa yang singkat tempat tersebut telah menjadi besar dan ramai penduduknya dimana hampir 200 kelamin telah berhijrah ke situ terutamanya datang dari Negeri Melaka. Kawasan hutan rimba tersebut telah bertukar menjadi kawasan bercucuk tanam terutamanya padi, pinang dan kelapa. Hasil-hasil dari kawasan ini semuanya dibawa ke Bandar Melaka untuk dijual.
Tok Kesang menjadi ketua di kampung Kesang Tasik ini tidak begitu lama. Beliau telah meninggal dunia dan dipusarakan di tanah perkuburan lama di tepi Sungai Kesang di suatu tempat bernama Tanjung Bangsal.Tok Kesang meninggalkan 3 orang anak.Yang tuanya lelaki bernama Laji dan yang ke duanya perempuan bernama Perak dan yang Ketiganya lelaki yang bernama Lajis. Laji telah dipilih oleh orang ramai menjadi ketua mengantikan ayahandanya.
Panglima Laji
Tok Laji adalah (Berketurunan Bugis), Anak kepada pembuka kawasan Kesang bernama Lahir@Mo’en atau dikenali sebagai Tok Kesang,
Beliau dilantik menjadi Penghulu, Pawang Diraja, Imam Besar dan wakil Sultan Di jajahan Kesang semasa Johor Di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah III pada tahun 1790-an dan Sultan Husain pada 1820-an serta orang kanan Temenggong Muar pada zaman Engku Buruk, Dato’ Kamil (Sonet atau Konik) dan Engku Said.

Beliau dididik dengan keagamaan, ilmu persilatan oleh bapanya sendiri iaitu Lahir@Mo'en. Pengaruh dan Kebijaksanaan Beliau bukan sahaja dapat mewujudkan zon perniagaaan diantara Muar, Melaka, Kelang dan Kuala Selangor yang menjadikan kawasan ini bertambah luas, aman dan makmur bahkan diberi kepercayaan sebagai orang tengah di dalam peristiwa isu pertelingkahan ketika perlantikan Sultan Ali menjadi Sultan Johor Pada Tahun 1835.
Pada usia yang muda Beliau digelar Panglima kerana kepintaran, keistimewaan, keberanian dan kehandalannya dalam menghadapi suatu cabaran. Dikatakan salah satu kehebatannya dapat mematikan dan menahan pergerakan angin menyebabkan kapal-kapal dan perahu dagang penjajah tidak bergerak dan memudahkan beliau menyerang serta merampas barang dagangan. Kemudian hasil dari rampasan dibawa ke Pantai Layang dan Pulau Penarik di Sungai Muar sebelum diedarkan kepada penduduk tempatan. Beliau merupakan Pejuang Melayu yang turut berperang menentang Belanda bagi membantu bapa saudaranya Raja Haji sehingga dapat meletupkan kapal perang Malakka’s Welvaran yang menyebabkan Ketua Pemerintahan tenteranya Arnolds Lemker terkorban dan dapat meletupkan kapal Dolphin yang membawa mayat Raja Haji.
Pada tahun 1785 Beliau membantu sepupunya Sultan Ibrahim Shah, Sultan Selangor ke II bersama orang Pahang yang di kirimkan oleh Bendahara Abdul Majid menyerang dan merampas kembali Kota Kuala Selangor dari Belanda. Isteri Laji bernama Raja Limah anak sulung kepada seorang anak Raja Bugis bernama Raja Mahmud (termasyhur dengan nama Raja Mahmud kapak Cina), berkaum dengan Raja Ahmad yang terkenal dengan gelaran Bugisnya Suliwatang atau Saliwatang. Raja Mahmud dan keluarganya menetap di Kuala Langat Negeri Selangor yang merupakan sebuah penempatan masyarakat Bugis yang terbesar di rantau ini.
Dengan kehandalan yang istimewa itu maka tidak hairanlah Laji dapat beristerikan anak Raja Mahmud. Laji juga dipandang tinggi oleh Kerabat DiRaja Bugis. Daerah Kesang (di sebelah kiri mudik Sungai Muar) hingga ke sempadan Negeri Sembilan dan juga sebahagian dari Negeri Melaka hingga ke Umbai pada waktu itu masih lagi di dalam pemerintahan Sultan Ali setelah baginda menyerahkan Negeri Johor kepada Temenggong Daeng Ibrahim dalam tahun 1855 m. Baginda telah melantik seramai 22 orang penghulu untuk mentadbir setiap mukim.
Penghulu-penghulu ini diberi kuasa penuh untuk memunggut cukai dan hasil di kawasan masing-masing. Maka dari sinilah pula berlakunya berbagai penyelewengan dan kecurangan dan menjadikan pemerintahan Sultan Ali berada dalam keadaan lemah dan kucar-kacir. Ini amat menyedihkan.Walau bagaimanapun, Sultan Ali sebagai seorang Sultan yang memerintah maka segala adat istiadat Kerajaan dijalankan seperti biasa. Baginda mempunyai 2 buah Istana iaitu sebuah di Umbai dan sebuah lagi di Kuala Kesang. Pada setiap tahun waktu menyambut hari jadi baginda, diadakan keramaian dan adat bersiram dimana semua penghulu-penghulu di undang khas. Biasanya diadakan adat istiadat bersiram di atas Panca-pesada 7 tingkat dimana penghulu-penghulu inilah yang menyiramkan air ke tubuh baginda. Laji, bagaimana yang telah sedia maklum memang mempunyai beberapa kelebihan yang istimewa. Dalam tahun yang pertama beliau dilantik menjadi Penghulu Kesang Tasik dalam istiadat bersiram ini beliau adalah orang yang ke-7 untuk menyiram tubuh Sultan Ali. Setiap penghulu dikehendaki menyiram 10 timba air ke tubuh Sultan Ali.Tetapi bagi Penghulu Laji hanya 3 timba sahaja Sultan Ali sudah tidak tahan mengigil kesejukan dan baginda meminta dihentikan siraman tersebut. Maka pada hari itu juga Laji dilantik menjadi Penghulu Besar, Pawang Di Raja dan Imam bagi kampung Kesang Tasik.
Lebih kurang 5 tahun sahaja Laji menjadi Penghulu di Kesang Tasik dan semua kawasan telah terbuka maka ia pun membuka sebuah kampung lagi di sebelah ulu mudik Sungai Kesang iaitu kira-kira tiga batu jauhnya dari Kesang Tasik, yang sebelah kanannya dinamakan Gelugor dan disebelah kirinya dinamakan Teluk Gong (kini didalam jajahan Negeri Melaka). Di Teluk Gong ini khas hanya untuk penanaman padi hinggalah sekarang dan di Gelugur tempat bertanam kelapa, pisang, pinang dan lain-lain.
Setelah tiga tahun dia menetap di Gelugur (Kesang Tasek), beliau telah kembali ke rahmatullah menyahut panggilan illahi. Pusaranya terletak di tepi sungai kampung Gelugur. Suatu pekara yang agak ganjil adalah kini pusara Allahyarham Laji telah membusut tinggi dan dinaungi oleh pokok-pokok besar di sekelilingnya.

Wallahua'lam
* sejarah juga akan merungkai perkara2 yg tidak baik.."yg baik jadikan tauladan, yg tak baik jadikan sempadan"
* saya pon bukan orang bugis.. jgn lak ckp bugis kat sini..tak faham..
* sejarah juga akan merungkai perkara2 yg tidak baik.."yg baik jadikan tauladan, yg tak baik jadikan sempadan"
* saya pon bukan orang bugis.. jgn lak ckp bugis kat sini..tak faham..
Che'gu Rosman
(Gambar adalah Sultan Ali)
(Gambar adalah Sultan Ali)

No comments:
Post a Comment