# Kupasan yang lebih teratur dari sumber Yayasan Warisan Johor tentang tentera selempang merah pimpinan Kiyai Salleh menentang komunis di Johor.
PERANG PARANG PANJANG
TENTERA PERANG SABIL SELEMPANG MERAH BATU PAHAT (1945)
Sumber: Yayasan Warisan Johor ,
(Johor mengenang sumbangsih mu)
Sumber: Yayasan Warisan Johor ,
(Johor mengenang sumbangsih mu)
Panglima - Kiyai Hj Salleh bin Abdul Karim.
Pesuruh Jaya Am - Kiyai Wak Joyo
Pesuruh Jaya Am - Kiyai Wak Joyo
a. Johor Selatan:
Ketua 1 - Kiyai Kusin
Ketua 2 - Kiyai Mashudi
Ketua 3 - Kiyai Mayor
Ketua 2 - Kiyai Mashudi
Ketua 3 - Kiyai Mayor
b. Johor Timur:
Ketua 1 - Kiyai Saudi
Ketua 2 - Kiyai Maskan
Ketua 3 - Kiyai Sarbini
Ketua 2 - Kiyai Maskan
Ketua 3 - Kiyai Sarbini
c. Johor Utara:
Ketua 1 - Kiyai Mustahir
Ketua 2 - Kiyai Shamsudin
Ketua 3 - Kiyai Shukur
Ketua 2 - Kiyai Shamsudin
Ketua 3 - Kiyai Shukur
Ketika tentera Jepun menduduki Malaya, maka tumbuh lah dua etnik penduduk Malaya ini, pemikiran dan tanggapan yang bertambah lebar jurang nya, iaitu perasaan curiga mencurigai diantara satu dengan yang lain. Dari jurang perbezaan ini terbit lah bibit perbezaan perselisihan fahaman yang sememang nya telah wujud, saperti perbezaan bahasa , agama dan dan juga budaya secara umum nya.
Dari segi politik, orang-orang China memang susah untuk mendahului orang Melayu.
Untuk memenuhi cita-cita politik orang China, maka tertubuh lah pergerakan
"Bintang tiga " yang membawa anasir komunis. Tujuan pergerakan ini ialah untuk memerintah Malaya dengan langkah awal nya dengan menghalau tentera Jepun , dan langkah kedua nya hendak mengalahkan orang-orang Melayu supaya Malaya menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Negara China.
Untuk memenuhi cita-cita politik orang China, maka tertubuh lah pergerakan
"Bintang tiga " yang membawa anasir komunis. Tujuan pergerakan ini ialah untuk memerintah Malaya dengan langkah awal nya dengan menghalau tentera Jepun , dan langkah kedua nya hendak mengalahkan orang-orang Melayu supaya Malaya menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Negara China.
Orang Melayu yang sangat kukuh semangat kebangsaannya , tetap mahu memelihara keutuhan negara nya dan Agama Islam. Fahaman komunis tetap menunjukan unsur-unsur yang mencabar prinsip pegangan orang-orang Melayu. Dari sudut yang lain pula orang-orang Melayu sentiasa menganggap bahawa Malaya ketika itu bukan lah negara bagi etnik China , kerana kumpulan komunis ini di nominasi kan olih orang-orang China.
Orang-orang China di semenanjung ini pula telah mengikut pergolakan yang berlaku di negara China yang telah diduduki oleh Jepun ketika dalam perjalanan nya hendak menduduki Asia Tenggara, Sebagaimana orang-orang China di negara nya menentang pendudukan Jepun , orang-orang China juga bersedia menentang Jepun.
Tentera Jepun memandang Rakyat China sebagai musuhnya, mengambil sikap bahawa orang China di Malaya juga sebagai musuhnya. Sebaliknya bagi orang-orang Melayu , Jepun itu sebagai kawan yang bolih menguntung kan mereka. Tanggapan yang baik itu wujud kerana orang Jepun yang berniaga di Malaya sebelum perang , mempunyai sikap yang baik dan menjual barang barang dagangan mereka dengan harga yang murah. Orang-orang Melayu memang bersedia menyambut kedatangan Jepun.
Penubuhan Gerakan Anti Japanese Army (MPAJA) iaitu cabang daripada gerakan komunis, telah melebarkan sayapnya ke kampung-kampung Melayu. Gerakan ini mudah disebut " BIntang Tiga " sahaja kerana logonya merupakan tiga bintang yang diletakan dihadapan topinya. Pemimpin-pemimpin Melayu di kampung kampung terpaksa menjadi ahli gerakan tersebut. Jika tidak nyawa mereka akan terancam. Yang demikian , terdapat ahli-ahli itu dikalangan orang Melayu dengan mempunyai ahli jawatankuasa masing- masing. Diantara tugas yang pasti ialah memungut yuran dari setiap buah rumah untuk kepentingan gerakan itu.
Pada penghujung tahun 1945, terdapat khabar-khabar angin mengatakan , orang-orang China hendak membunuh ulamak dan orang alim Melayu. Sebab itu setiap malam selepas maghrib ramai orang-orang alim bersembunyi di pondok-pondok kebun . Keadaan saperti ini berlaku selama tiga bulan. Tiga bulan lama nya orang-orang China komunis , mencari orang orang alim. Ada juga orang orang alim ini di tangkap di isi di dalam guni di bawa ke dalam hutan hilang ghaib entah kemana. Tindakan orang-orang China komunis membunuh orang-orang Melayu yang alim dan handal-handal dengan tujuan hendak memudahkan mereka bergerak tanpa ada halangan, yang tinggal ialah yang tidak berpelajaran.
Maka ramai lah dari sehari ke sehari orang-orang alim Melayu hilang entah ke mana. Seorang Che'gu telah ditangkap dan dimasukkan kedalam guni di tengah-tengah pasar Batu Pahat. Orang-orang China komunis ini berani bertindak demikian kerana merika ada senapang, sedangkan orang Melayu tiada. Yang menjadi tali barut pun orang Melayu juga, ia itu orang Melayu yang masuk " Bintang Tiga" diketuai oleh Md Indera.
Orang orang Melayu yang diculik dan hilang telah bertambah ramai dari sehari ke sehari. Tidak ada apa-apa tindak balas daripada orang Melayu. Lantaran daripada itu orang-orang Melayu telah mula marah, lalu timbul lah satu pakatan , sesiapa yang hendak mencari saudara maranya yang hilang itu dikehendaki datang didalam satu mesyuarat yang diadakan.
Kapung Parit Tabor merupakan sebuah kampung yang majoriti penduduknya orang-orang China. Habis rumah-rumah kediaman orang-orang Melayu bersama kepuk padi di kampung itu dibakar. Mereka yang sempat melarikan diri dapat lah menyelamatkan diri. Mereka yang tidak sempat terkapar menjadi mayat yang rentung. Ada diantara mereka melarikan diri di kebun getah dan di persekitaran dengan tidak makan dan minum. Orang orang Melayu di Parit Ju, Parit mantan, Parit Jawa, Parit Putuh, Separang, dan kawasan yang berhampiran, sentiasa berada didalam ketakutan disebabkan ancaman komunis. Semangat pemuda-pemuda Melayu mula membara dan meluap-luap apabila melihat keadaan nyawa bangsa mereka sentiasa terancam. Penghulu mukim empat , Kari bin Md Saat telah melantik Ijam bin Ahmad menjadi ketua untuk melancarkan serangan balas terhadap China komunis, tetapi beberapa kali serangan dilakukan semua nya menemui kegagalan.
Kegagalan orang Melayu menentang komunis ini telah menyebabkan Penghulu Kari membuat pengumuman kepada penduduk Mukim Empat, mencabar siapakah anak Melayu yang sanggup tampil ke hadapan menjadi peminpin menentang China komunis, Maka nama Salleh Keling telah dicadang kan memandangkan kebolehan nya yang luar biasa saperti membengkok kan besi dengan tangan sahaja, dan kekuatan nya yang menakjubkan. Ramai juga yang tidak menaruh keyakinan terhadap kebolehan nya kerana memandangkan latar belakang nya yang hitam. Masakan orang saperti itu boleh memimpin satu angkatan yang akan menentukan nasib masa depan orang Melayu.
Dengan hati yang tulus ikhlas , Salleh telah menerima tawaran yang diberikan kepada nya hanya dengan berkata "In shaa Allah" sahaja. Bagi nya ini lah peluang keemasan untuk mencuba dan menggunakan segala ilmu kebatinan yang telah dipelajarinya. Dengan semangat yang membara dia sanggup memikul tanggung jawab yang begitu besar demi kepentingan bangsa dan agama.
Salleh kemudian nya meminta Penghulu Kari mengumpulkan orang-orang Melayu di Mesjid Parit Sulung. Penghulu Kari hanya dapat mengumpulkan tiga puluh lapan orang sahaja kerana sebahagian besar orang kampung masih sangsi dan tidak menaruh kepercayaan yang penuh kepada Salleh. Sebelum memulakan serangan pertama nya di Kangkar Senangar di Parit Sulung, Salleh menyuruh pengikut nya membaca surah Yaasin dan ayat empat. Selepas itu beliau sendiri memakaikan pengikut pengikut nya selempang merah. Sebelum memulakan serangan beliau terlebih dahulu menerangkan pantang larang yang mesti dipatuhi oleh pengikut-pengikut nya. Beliau melarang mengambil harta benda musuh kecuali senjata. Satu keistimewaan yang ada pada Salleh ialah beliau dapat meramalkan peristiwa yang akan berlaku. Dalam pertempuran ini beliau meramalkan dua orang pengikut nya akan mendapat kecederaan.
Pasukan Panglima Kiyai Salleh bertolak pada waktu selepas subuh dengan bersenjatakan pedang dan parang panjang. Walau pun bilangan musuh jauh lebih ramai dan bersenjatakan senapang , angkatan Panglima Kiyai Salleh dengan mudah dapat menumpaskan pihak lawan. Yang aneh nya musuh-musuh itu menembak ke atas kerana pada pandangan mereka Panglima Kiyai Salleh dan pengikut nya tinggi seperti pokok kelapa.
Pada suatu ketika, orang-orang Melayu telah mendapat tahu , bahawa orang-orang China komunis akan mengambil keputusan untuk menyerang orang-orang Melayu dengan menangkap pemimpin-pemimpin Melayu dulu secara besar besaran pada hari sabtu. Kumpulan China komunis itu dipimpin oleh Sau Kau. Sementara itu orang orang Melayu dari serata kampung Mukim Tujuh sudah pun berkumpul di Kampung Haji Taib. Ketika itu orang Melayu telah mmempunyai kekuatan. Panglima Kiyai Salleh telah mengambil keputusan untuk memulakan serangan pada hari Jumaat. Tindakan ini telah mengejutkan orang-orang China komunis yang masih belum bersedia, Mereka masih berada di rumah masing-masing belum lagi berkumpul.
Orang-orang Melayu bertindak 12 jam lebih awal daripada orang China. Orang China yang yang tinggal di Sri Mendapat , Sri Bandan , Asam Bubuk, Parit Jawa, Parit Benggali , Parit Ahmad, dan Parit Tabur habis dibunuh olih kumpulan 500 hingga 600 orang Melayu. Dalam gerakan itu orang orang China telah terkejut, orang kampung beramai-ramai membawa parang panjang kerana di kampung Haji Taib orang yang mempunyai senapang hanya seorang sahaja. "Kita ikut Nabi" orang Melayu mulakan pada hari Jumaat dalam bulan Ramadhan.
Di satu ketika yang lain pada hari Jumaat selepas orang-orang Melayu selesai menunaikan solat Jumaat, datang seorang China saperti hendak meninjau orang-orang Melayu berkumpul di Mesjid. Orang China itu telah ditangkap dan diikat di tiang bangsal mesjid. Satu jam kemudian datang lagi empat orang China . Mereka juga diikat ditempat yang sama. Maka orang-orang Melayu mengagak, selepas ini mereka tidak akan datang empat lima orang . Mereka akan datang beratus orang dan bersenjata. Di mesjid itu hanya ada sepucuk senapang sahaja. Orang orang China telah berkumpul di Parit Bandan, iaitu lebih kurang empat batu dari Kampung Asam Bubuk tempat orang Melayu berkumpul. Penduduk Parit Bandan majoriti nya orang China.
Rupa-rupa nya orang-orang China di Parit Bandan telah berkumpul tetapi tidak ramai iaitu kira-kira tiga puluh orang. Setengah nya telah melarikan diri terlebih dahulu. Oleh kerana lima orang pengintip nya tidak balik, maka orang China yang tiga puluh orang itu menyerang. Orang Banjar bersenjatakan pedang, orang Jawa bersenjatakan keris. Masing-masing bersenjatakan sebilah parang panjang. Orang orang Melayu berjaya membunuh semua tiga puluh orang China, dan merampas semua senapang serta peluru nya.
Peperangan ini berlarutan dari sehari ke sehari yang lain. Pergi pagi balik petang mengikut susunan jadual iaitu satu pasukan disertai oleh ketua dan pengikut seramai dua puluh orang. Operasi tidak bergerak serentak, sedikit-sedikit lebih kurang tiga puluh orang sahaja untuk menyerang dan membakar bagi tiga buah rumah. Senjata di tangan tidak boleh dibuka dari genggaman kerana telah di gam dengan darah musuh yang membeku.
Kebanyakan anggota kumpulan itu berkaki ayam, sebab menurut petua, kalau berkaki ayam kita dan jasad mesti berpijak ke tanah. Kerana kita datang nya dari tanah, ini satu cara mengukuhkan semangat juang. Semangat orang Melayu begitu tinggi kerana mereka mengambil pegangan kalau mati pun dikira mati syahid. Walaupun ada yang tercedera tetapi tidak mati. Merika yang mati itu kerana tidak mengikut peraturan perang dan juga kehendak Allah.
Daripada Sri Bandan , Sri Mendapat, Asam Bubuk membawa ke Parit Khalid, Daripada Parit Benggali sampai ke Semberung, Sungai Biu, Parit Ahmad, Daripada Parit Jawa sampai ke Parit Tabur, semua orang China habis dibunuh tidak berbaki untuk dibuat benih.
Dalam satu ketika , apabila satu kumpulan besar orang Melayu hendak menyerang bandar Penggeram, pengikut-pengikut nya datang dari Parit Sulung, Ayer Hitam, Sungai Balang, Lubuk dan Bagan tempat mereka berkumpul. Disaat-saat akhir Datok Onn telah sampai ke Bagan. Tujuan kedatangan Datok Onn ialah untuk menghalang serangan yang akan dilancarkan oleh orang-orang Melayu, Beberapa orang China telah datang merayu, supaya Datok Onn dapat menyelamatkan Bandar Penggeram dari menjadi padang jarak padang terkukur, akibat serangan orang orang selempang merah.
Menurut satu sumber yang lain, Datok Onn terpaksa bertindak sedemikian kerana beliau telah diugut oleh sekumpulan "Bintang Tiga", kalau Datok Onn gagal menahan kemaraan tentera selempang merah, rumah Datok Onn yang telah dikepung akan dibakar bersama sama ahli keluarga nya.
Pada hari esok nya Datok Onn telah memanggil semua Datok Penghulu di Batu Pahat, ketua-ketua bintang tiga dan ketua orang China di bandar Penggeram supaya berhimpun di dewan perniagaan China di Jalan Rahmat untuk membuat rundingan damai. Panglima Kiyai Salleh dan ketua bintang tiga bersama sama Penghulu dan kaum China telah berjaya bersepakat menghentikan pergaduhan sengit itu.
Wallahua'lam
* Begitulah supaya kita beringat..
* Begitulah supaya kita beringat..


No comments:
Post a Comment