#islam ISLAM BAB 42:KHALIFAH JA'FAR AL-MANSUR (754-775): BAPA PEMBANGUNAN EMPAYAR ABBASIYYAH.
Assalamualaikum semua, huaaaah! baru bangun dari titunnya pun. Baiklah, jom kita layanzz Senarai Khalifah Empayar Abbasiyyah. Korang rindu Uthmaniyyah? Adoi, benda yang lepas jangan di kenang bro. Cerita Uthmaniyyah sudah habis bro. Sekarang cerita Abbasiyyah bro. Huhuhu. Lets go! ZASSSS!
Abu Jafar Abdullah bin Muhammad Al Mansur dilahirkan di Al-Humamyyah pada tahun 712. Ayahnya ialah Muhammad, Cicit pada Abu Abbas, pakcik Rasulullah S.A.W. Ibunya pula ialah Salmah daripada kaum Berber. Beliau mempunyai Abang yang menjadi Khalifah yang pertama dalam Empayar Abbasiyyah iaitu As-Saffah(750-754).
Beliau menaiki takhta sebagai Khalifah ke-dua dalam Abbasiyyah pada tahun 754 beberapa bulan setelah kematian abangnya, As-Saffah. setelah beliau menaiki tahkta, beliau menukarkan Ibu Negara Empyar Abbasiyyah Damsyik ke Baghdad. Dan Ibu negara itu kekal sehingga kejatuhan Abbasiyyah pada tahun 1258.Mengikut sejarah, beliau seorang yang warak, tegas dan keras dalam pemerintahan beliau. Beliau juga berjaya meluaskan Empayar di bahagian barat Iran, Kawasan Damsyik, JOrdan dan Utara Arab Saudi. Beliau juga membetulkan sistem pemerintahan yang selama ini tidak difokuskan sangat oleh Abangnya As-Saffah(750-754). selain itu juga, beliau memperkenalkan mata wang Abbasiyyah pertama yang digelar Ad-Dinar.
Beliau juga membukia banyak Madrasah di seluruh tawanan Abbasiyyah untuk mengajak rakyat dibawah pemerintahan Abbasiyyah menuntut Ilmu, selain itu juga, beliau menghantar guru-guru ternama ketika itu untuk mengajar dan mengajak bangsa-bangsa yang bukan islam untuk masuk islam. Beliau adalah Sunni Muslim. Beliau juga mengajak orang Syiah untuk kembali kepada kebenaran dan tinggalkan Ajaran Syiah yang bukan ajaran islam itu. Orang Syiah tidak berani melawan beliau kerana beliau seorang yang gagah dan tegas dalam pemerintahannya, beliau juga memperkenalkan beberapa menteri baru untuk memantapkan Pentadbiran iaitu menteri Jalan dan ukur, Menteri Landskap dan menteri pembantu kewangan.
Beliau juga memberi banyak proioriti kepada orang bukan Islam yang menetap di empayar Abbasiyyah. mengurangkan cukai Jizyah serta melantik ketua kawasan untuk menjaga keselamatan orang bukan Islam yang menetap di Empayar Abbasiyyah. Sepanjang pemerintahan beliau, Empayar Abbasiyyah dalam keadaan aman dan makmur. Selain itu juga perluasan empayar juga semakin berkembang daripada Khalifah sebelum beliau.
Beliau pernah ingin melantik ulama-ulama terkenal untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Abbasiyyah. Salah seorangnya ialah Imam Abu Hanifah, Khalifah Abu Ja'far ingin melantik beliau menjadi ketua hakim dalam empayar Abbasiyyah. tetapi beliau menollak sekeras-kerasnya, ini menaikkan kemarahan Khalifah Al-Mansur dan memenjarakan Abu Hanifah sehingga kematian Abu Hanifah di dalam penjara pada tahun 767 Masihi.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Mansur, beliau berjaya menyatukan dan menyelesaikan beberapa perang di bahagian barat Tanah Arab mematahkan strategi pemberontak yang menyokong Bani Umaiyyah. Beliau juga mengarahkan Abdul Rahman bin Muawiyyah,satu satunya Keluarga Umaiyyah yang tinggal, untuk dibunuh, tetapi gagal, beliau akhirnya menyerah kalah dan menghentikan operasi untuk membunuh Abdul Rahman bin Muawiyyah dan mengiktiraf Emir Abdul Rahman sebagai pemerintah islam di Eropah iaitu di Cordoba, Spain.
pada awal tahun 775, Khalifah Abu Ja'far ingin menunaikan haji untuk kali kedua bersama menteri dan pengikut beliau(kali pertama pada tahun 754 iaitu 5 harii sebelum Khalifah As-Saffah mangkat), sampai di kawasan yang berhampiran dengan Riyadh, beliau meninggal dunia ketika dalam perjalan akibat sakit tua keitika usianya 63 tahun. Beliau dimakamkan di Baghdad. Beliau memerintah Empayar Abbasiyyah selama 21 tahun dan digelar Bapa Pembangunan Empayar Abbasiyyah. beliau digantikan oleh anaknya, Khalifah Al-Mahdi. Al-Fatihah.
Siri seterusnya: Khalifah Al-Mahdi (775-785)
Gambar: Tugu Khalifah Ja'far Al-Mansur diruntuhkan di Baghdad,Iraq.


No comments:
Post a Comment