Saturday, 21 November 2015

‪ #‎islam‬ ISLAM BAB 96: EMIR HISHAM I (788-796)
Hisham bin Abdul Rahman bin Muawiyah bin Hisham bin Abdul Malik bin Marwan bin Al Hakam atau dikenali sebagai Hisham I dilahirkan pada tahun 757 di Cordoba, Andalusia. Selepas kemangkatan Abdul Rahman I pada tahun 788. Beliau dilantik menjadi Emir yang ke-2 dalam Empayar Umaiyyah Cordoba dan Khalifah ke-16 dalam Keluarga Umaiyyah.
Dalam.pemerintahannya, beliau memantapkan sistem pemerintahan dengan lebih baik dan membesarkan bandar-bandar pelabuhan seperti pelabuhan Lisbon, Barcelona dan berberapa pelabuhan di bandar yang lain. Beliau meluaskan Empayarnya ke bahagian Madrid, Barcelona Valladollid, Zaragoza dan kepulauan Mallorca. Beliau melalui perperangan antara raja Basque di selatan Perancis pada tahun 794 dan tentera Islam menang besar dan menawan bahagian Timur Laut Andalusia sehingga ke Andorra (yang dahulunya milik Kerajaan di raja France).
Pemerintahan beliau juga Empayar diperintah dalam keadaan yang aman damai tanpa sebarang kekecohan atau perperangan "dalaman". Beliau juga mengasaskan pembinaan masjid Cordoba yang pada awalnya adalah racangan Emir Abdul Rahman I tetapi tidak sempat kerana beliau meninggal dunia. Beliau meluaskan masjid Cordoba dan merancang dan membina banyak masjid lain di seluruh Empayar Umaiyyah Cordoba.
Beliau meninggal dunia pada tahun 796 selepas memerintah Empayar selama 8 tahun. Beliau meninggal dunia pada usia 39 tahun. Punca kemangkatannya masih tidak diketahui. Beliau digantikan oleh anaknya Al-Hakam menjadi Emir yang seterusnya. Al Fatihah.
Gambar: lukisan Emir Hisham I (788-796)

No comments:

Post a Comment