Saturday, 28 November 2015

#Lambang senjata di dalam bendera
Di dalam bendera kesultanan sulu terdapat lambang-lambang serta warna-warna yang menjadi simbol untuk kerajaan Sulu. Lambang di dalam bendera tersebut merangkumi senjata-senjata yang di jadikan simbol kekeluargaan di dalam institusi kesultanan Sulu. Pada kurun ke 17, lambang tersebut terdiri daripada lambang Keris yang merupakan simbol Pewaris Pertama yang di kenali sebagai Keluarga Kiram yang berketurunan daripada putera Sulung Sultan Azimuddin@ Alimuddin-I ibni Almarhum Sultan Badaruddin-I (putera dari permaisuri pertama Sultan Badaruddin-I, gadis dari soopeng,sulawesi) dan Lembing/tombak pula merupakan simbol keluarga Pewaris Kedua iaitu keluarga Aranan yang berketurunan dari putera kedua Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badaruddin-I (putera dari permaisuri kedua Sultan Badaruddin-I, gadis berketurunan tidung di borneo utara/sabah). Pada kurun ke 19, bendera Sulu diperbaharui di mana bendera tersebut di letakkan simbol Barong/parang yang mewakili keluarga Shakiraullah yang sama keturunannya dengan pewaris pertama keluarga kiram dari Sultan Azimuddin / Alimuddin-I.

No comments:

Post a Comment