Saturday, 21 November 2015

‪#‎islam‬ ISLAM BAB 90: KHALIFAH HISYAM BIN ABDUL MALIK (724-743)
Hisyam bin Abdul Malik dilahirkan di Damsyik pada tahun 691. Hisyam adalah anak kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan (685-705) dan menjadi Khalifah ke-10 Empayar Umaiyyah menggantikan saudaranya yang meninggal dunia iaitu Khalifah Yazid II. Beliau adalah Khalifah yang pertama dalam Empayar Umaiyyah yang tidak turun bersama askarnya dalam perperangan, sebaliknya beliau lebih fokus untuk menyelesaikan "Masalah dalaman" yang berlaku sejak pemerintahan Khalifah Yazid II (720-724)
Sepanjang 19 tahun pemerintahannya, Khalifah Hisyam memperkenalkan banyak institusi pengajian tinggi untuk rakyat dan Khalifah pertama dalam sejarah Islam yang membuka imigran luar untuk tinggal dan belajar di institusi-institusi pengajian tinggi di Empayar Umaiyyah. Belikau juga membuka sekolah Seni, di mana rakyat dan pelajar luar Empayar boleh mempelajari pelbagai bidang seni yang bermula dari lukisan, hingga ke ukiran dan reka cipta. Khalifah sendiri menulis buku rujukan tentang seni, ukiran dan reka cipta dan dipasarkan hamipir seluruh dunia.Pereka Terkenal, Leonardo Da Vinci dalam salah satu bukunya menyanjungi Khalifah Hisyam kerana mengajar orang-orang Eropah tentang ilmu-ilmu Seni dan rekacipta. Kemungkinan, Leonardo Da Vinci membaca buku rujukan karangan Khalifah Hisyam bin Abdul Malik dan buku rujukannya menjadi terkenal dan menjadi rujukan terbesar oleh ahli-ahli seni pada ketika itu. Malangnya, disebabkan rujukannya tiada "di trade mark" dan akhirnya ia menjadi hak milik orang lain yang "claim" itu adalah idea mereka.
Beliau juga menguatkan sistem perundangan Syariah dan membina mahkamah Besar yang berada di Damsyik di mana Khalifah Hisyam sebagai Hakim. Beliau juga membuka dua Bazar terbesar dalam Empayar Umaiyyah iaitu Bazar Damsyik di Syria (Lokasi di belakang Masjid Umaiyyah) dan Marakesh Bazar di Morocco. Mengikut dalam buku The End of Expansion: The Caliphate of Hisham A.D. 724-738/A.H. 105-120 by Jere L. Bacharach and Khalid Y. Blankinshi, Khalifah Hisyam seorang peramah dan amat merendah diri. Beliau sering dilihat memakai pakaian biasa-biasa dan tidak terlalu menonjol. Beliau adalah seorang tukang pembuat roti yang mahir, di istana beliau membuat sendiri roti dan memerah susu kambing untuk diberikan untuk rakyatnya ketika ke Masjid untuk solat Jumaat. Beliau suka memakai jaket "Vest" bewarna hijau melambangkan beliau adalah ketua Empayar. Beliau memakai vest ini sehingga kematiannya.
Sungguhpu begitu, pemerintahan beliau juga bermulanya kekacauan yang ketara di Empayar tersebut apabila Golongan Kufah yang diketuai oleh Zayd Bin Ali menyerang Empayar Umaiyyah kerana mendakwa meminggirkan orang Kufah. Perperangan tersebut berlaku 4 tahun selepas perlantikan Khalifah Hisyam, Khalifah Hisyam mengarahkan Gabenor Iraq, Yusuf bin Umar untuk mengetuai perang mengalahkan pemberontak tersebut. Pertembungan antara dua pihak di Kufah dan Zayd terbunuh dalam perperangan tersebut. Selain perang di Kufah, pada tahun 735 tentera Byyzantin menyerang bahagian Anatolia (ketika itu dibawah pemerintahan Umaiyyah) dan Khalifah mengarahkan anaknya Muawiyah bin Hisyam untuk pergi ke Anatolia dan memerangi Byzantin, Sunggupun Byzantin kalah dalam perang di Anatolia, Muawiyah ditangkap oleh Byzantin dan dihukum bunuh. Peristiwa ini menaikkan kemarahan orang ramai dan Khalifah dan mengarahkan anak keduanya Sulaiman bin Hisyam untuk menyerang Constantinople untuk menjatuhkan Empayar Byzantin tetapi gagal. Tentera Sulaiman di arahkan untuk berkubu di kawasan berdekatan dengan Constantinople untuk menunggu serangan Byzantin tetapi dihentikan pada tahun 737 apabila Maharaja Byzantin Constantine V mangkat. maka serangan Byzantin terhenti dan Sulaiman bersama askarnya pulang ke Damsyik.
Pada tahun 739, penyebaran fitnah dan berita palsu tentang tidak keadilan Umaiyyah mula tersebar. Banyak fitnah yang muncul menjatuhkan Kredibiliti Khalifah Hisyam dan Empayar Umaiyyah. Di sebabkan fitnah, berlaku pemberontakan Kaum Berber untuk menjatuhkan Empayar Umaiyyah tetapi pemberontakan tidak lama selepas Khalifah Hisyam mengarahkan ketua Kaum Berber ditangkap dan dihukum bunuh. Mengikut sejarah, Pada masa akhir pemerintahan Khalifah Hisyam, bermulanya serangan keluarga Abbasiyyah untuk menjatuhkan Umaiyyah kerana terpengaruh dengan fitnah dan dakwaan palsu dari Kufah dan Karbala.
Kahlifah Hisyam meninggal dunia pada tahun 743 pada usia 52 tahun. Pada akhir pemerintahannya beliau menghidap penyakit kanser leher dan meninggal dunia berberapa bulan kemudian. Beliau digelar Bapa Pendidikan Empayar Umaiyyah dan digantikan oleh anak saudaranya, Yazid III sebagai Khalifah seterusnya. Al-Fatihah.
Gambar: Lakaran Perang antara Gabenor Iraq, Yusuf bin Umar dan Zayd bin Ali

No comments:

Post a Comment