Saturday, 21 November 2015

‪#‎extraterrestrial‬ EXTRATERRESTRIAL BAB 74: MISTERI SEJARAH OUIJA BOARD
*Too doo doo doo doo doo*
Ouija Board adalah sejenis papan yang digunakan untuk manusia berkomunikasi dengan "alam lain". Permainan ini agak terkenal di Amerika sehinggakan ada jual di kedai permainan hampir di seluruh Amerika. Ramai remaja, mahupun orang tua bermain permainan ini atas sebab nak berkomunikasi dengan keluarga tersayang yang sudah meninggal dunia. Dahulu, Ouija board ini digunakan untuk "suka-suka" dan pertama kali diperkenalkan secara umum dalam Talk Show "I Am Lucy" pada tahun 1951 menggunakan papan ini untuk berkomunikasi dengan alam lain. bermula dari situ, Ouija Board menjadi terkenal dan menjadi salah satu aktiviti "suka-suka" rakyat Amerika sehingga tahun 1973 apabila Filem Exorcist ditayangkan pada tahun itu apabila menceritakan kanak-kanak berusia 12 tahun Regen dirasuk hantu disebabkan bermain Ouija Board. Bermula dari situ, Ramai orang takut bermain dengan Ouija Board dan kini, hanya sedikit sahaja yang menggunakan papan permainan ini untuk berkomunikasi dengan "alam lain"
Terdapat berberapa kes yang tidak disebarkan oleh pihak media sebelum Filem Exorcist ditayangkan melibatkan rasuk akibat bermain Ouija Board. Salah satunya kes Kate Sweetenham padaa tahun 1969 di mana beliau bersama kawan-kawannya bermain Ouija Board untuk berkomunikasi dengan sahabatnya, Peter yang meninggal dunia akibat kemalangan 2 bulan yang lalu. Selepas bermain dan berjaya berkomunikasi dengan Peter, Kate di rasuk hampir 70 Syaitan dan akhirnya mati. Ada lagi berberapa kes misteri yang melibatkan Ouija Board ini, ada yang menyatakan sebaik sahaja membeli papan permainan ini, rumah mereka di diami oleh hantu-hantu yang telah dipanggil oleh si pemain dan ada yang mengganggu kehidupan mereka. Ada juga yang mendakwa, jika Ouija Board dipatah atau di bakar, dalam masa berberapa hari ia akan muncul semula di dalam bilik atau almari mereka tanpa sebarang kerosakan.
Lebih misteri lagi, Tiada siapa tahu siapakah yang mencipta Ouija Board ini. Ada berberapa pendapat, Ouija Board ini dicipta sekitar zaman tamadun Mesopotamia ada juga pendapat ia dicipta pada zaman Tamadun Mesir ada juga yang berpendapat ia dicipta pada sekitar abad ke-17 di Peru semasa puak Inca ingin menyeru roh-roh yang dah mati untuk membantu mereka mengalahkan kekejaman kerajaan Sepanyol di sana. Wallahualam, ia menjadi misteri sehingga kini.
*too doo doo doo doo doo*

No comments:

Post a Comment