Saturday, 21 November 2015

‪#‎movieseries‬ MOVIE SERIES BAB 60: FAKTA FILEM LORD OF THE RINGS PART 2:
1. Lokasi Pintu Moria (dalam Filem) sebenarnya di rakam bersebelahan dengan Stesen Kereta Api di London.
2. Dalam berberapa "scene", Legolas melepaskan anak panahnya terpaksa di "CGI" kan kerana pelakon, Orlando Bloom tidak berapa pandai memanah.
3. Dalam Novel, Pedang Gandlaf, Glamdring bercahaya semasa ada di dalam Moria, tetapi dalam Filem, tongkatnya bercahaya, bukan pedangnya. Mengikut kata pengarah, Peter Jackson, mereka terpaksa melakukan sedemikian kerana "kekurangan Budget"
4. Pada babak Fellowship sedih dengan "kematian" Gandlaf, sebenarnya dilakonkan sebelum ketibaan Ian Mckellen (pelakon sebagai Gandalf) pada kali pertama dalam Filem ini.
5. Apa jadi dengan tongkat Gandalf? Selepas filem itu siap, Ian Mckellen menggunakan tongkat Gandalf sebagai penggantung kain baju.
6. Jika anda notis, Aragon memakai Baju besi Boromir dalam Filem kedua dan ketiga untuk memperingati Boromir yang mati dalam Filem pertama.
7. Anda mesti terfikir Babak Aragon menjerit dalam Filem kedua kerana kekecewaannya apabila semua Uruk-Hai mati dibunuh oleh Rohirim dan kemungkinan Merry and Pippin juga terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai Uruk-Hai. Sebenarnya dalam Filem, Pelakon sebagai Aragon, Viggo Mortersen menjerit kerana satu jari kakinya patah ketika menendang helmet Uruk-Hai. (Anda boleh tengok dalam Filem kedua Lord of the Rings: the two towers)
8. Bandar Helms Deep (kubu Rohan) seluas 25 kaki tinggi, 30 kaki luas, kesemua bahan-bahan digunakan ialah Polystyrene. Bandar Osgilliath pernah ditiup angin kerana bandar itu juga dibuat dari Polystyrene.
9. Suara Uruk-Hai semasa dalam babak mereka menyerang Helms Deep ialah suara-suara 20,000 penyokong sukan Kriket.
10. The Fell Beast (Naga yang ditunggang oleh salah satu 9 fallen king of Agmar) sebenarnya diambil dari suara keldai, cuma di editkan sedikit untuk menjadi seperti naga

No comments:

Post a Comment