#constellation CONSTELLATION BAB 27: CORONA BOREALIS
Buruj Corona Borealis adalah salah satu buruj yang berada di utara Hemisfera bumi. Corona Borealis adalah sama bentuknya dengan Corona Australis, tetapi Corona Borealis lebih terang dan mudah untuk dilihat dari Corona Australis.
Sama seperti Buruj Corona Australis, ada banyak versi-versi bagaimana Buruj ini terjadi. Megikut Mitologi Greek, Buruj ini terbentuk apabila Dionysus berlawan dengan Minotaur dan Minotaur berjaya dikalahkan dan mahkota yang dipakainya (Minotaur) terjatuh dan terbelah dua. Dionysus mencampak mahkota itu dan ia terus diangkat ke langit dan menjadi bintang.
Mengikut dalam cerita-cerita Arab Badwi, mereka mempercayai bahawa bentuk buruj ini adalah sebahagaian dari bentuk mangkuk untuk orang miskin dan mengikut Astronomi Orang Asli Australia, ia digelar sebagai Womera yang bermaksud Boomerang kerana bentuknya. Buruj ini walaupun ia berada di kawasan Hemisfera utara dunia, ia juga boleh dilihat di sebahagian tempat di Hemisfera selatan. Walaupun ia lebih cerah daripada adiknya, Buruj Corona Australis yang bentuknya agak sama dengan buruj ini, jarak bintang yang membentuk buruj ini antara 1,200-2,000 tahun kelajuan cahaya (200 juta tahun lebih kurang dalam kelajuan biasa)
Gambar: Buruj Corona Borealis



No comments:
Post a Comment