#alquran AL-QURAN BAB 15: SURAH AL-HIJR
Assalamualaikum dan selamat petang semua, fuuh jadi rajin pulak hari ni, ada sebabnya, sebab saya nak save the best for last. Sebab segmen Geografi, Konspirasi, Murder, Islam, Extraterrestrial dan Constellation akan lebih menarik dari post-post sebelum ini. Hehehe, stay tuned lah kalau nak tahu. Oklah, moh kita usya bab ini pulak ea? ZASSS!
Surah Al Hijr adalah surah ke-15 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 99 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. In disebabkan oleh surah ini diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Al Hijr adalah nama sebuah daerah pegunungan yang didiami oleh Kaum Tsamud pada zaman dahulu yang terletak di pinggir jalan antara Madinah dan Syam (Syria). Nama surah ini diambil daripada nama daerah pegunungan itu. Surah ini berkisar mengenai kaum Tsamud yang diceritakan pada ayat 80 sampai dengan 84 yang telah dibinasakan oleh Allah SWT, kerana tidak mempercayai Nabi Soleh a.s. dan berpaling daripada ayat-ayat Allah. Dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah kaum yang lain yang telah dibinasakan oleh Allah seperti kaum Luth A.S. dan kaum Syuaib A.S.. Secara kesimpulannya, pengajaran yang dapat diungkapkan ialah orang-orang yang menentang ajaran rasul-rasul akan mengalami kehancuran berdasarkan kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran.
Isi kandungan
Keimanan: Kepastian nasib suatu bangsa hanya di tangan Allah; Allah menjamin kemurnian Al Quran sepanjang masa; alam malaikat (langit) sentiasa dipelihara daripada syaitan; kadar rezeki yang diberikan kepada manusia sesuai dengan hikmah kebijaksanaan Allah; Allah memelihara hambaNya yang mendapat taufiq dan Hidayah daripada godaan syaitan; Allah di samping bersifat pengampun dan penyayang juga mengazab orang-orang yang ingkar; manusia dihimpun pada hari kiamat.
Hukum-hukum: Larangan terhadap homoseksual; kewajipan melakukan ibadah seumur hidup; larangan menginginkan harta orang kafir; perintah kepada Nabi Muhammad SAW agar melakukan dakwah secara terang-terangan; larangan berputus asa terhadap rahmat Allah.
Kisah-kisah: Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya; Nabi Luth a.s. dengan kaumnya; kaum Syuaib dan kaum Soleh a.s. (Tsamud).
Dan lain-lain: Kejadian-kejadian dalam alam ini menunjukkan kebesaran Allah; kejadian alam dan isinya mengandungi seribu satu hikmah; asal kejadian Nabi Adam a.s.
TAHUKAH ANDA?
1. Surah ini adalah Surah yang pertama yang tajuknya adalah nama tempat.
2. Surah ini adalah surah kedua yang ayatnya pendek-pendek bukan seperti surah sebelumnya. (yang pertama ialah Surah Al-Fatihah)
3. Surah ini adalah Surah yang pertama menceritakan secara "detail" tentang tempat Al-Hijr tersebut. (kedua ialah Surah Al-Kahfi tentang kisah Zulkarnain)
4. Surah ini adalah Intro kepada juzu' 14 dalam Al-Quran
5. Surah ini lebih kepada kisah nabi Lut A.S. dan Nabi Saleh A.S.
Gambar: Sebahagian tempat tinggal Kaum Thamud, Kaum Nabi Saleh A.S.


No comments:
Post a Comment