#islam ISLAM BAB 72: KHALIFAH AL-MUSTANJID (1160-1170) BAPA PENGIKTIRAFAN EMPAYAR AYYUBI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, pada malam yang fana ini, saya nak kongsikan sikit pasal salah satu Khalifah Empayar Abbasiyyah, Sebenarnya kita ada lagi 5 bab lagi sebelum berakhirnya Zaman Empayar Abbasiyyah di Baghdad. Sedih kan? Hmm, Baiklah, tanpa membuang masa, jom kita layan bab ni sesama. ZASSS!
Al-Mustanjid di lahirkan di Baghdad pada tahun 1124 dan anak kepada Khalifah Al-Muqtafi (1136-1160). Selepas kemangkatan Khalifah Al-Muqtafi pada tahun 1160, beliau menaiki takhta sebagai Khalifah yang ke-32 di Empayar Abbasiyyah, pada pemerintahannya, Empayar Abbasiyyah mula jatuh teruk, Empayar Abbasiyyah kehilangan bahagian Mosul, Cizre dan bahagian utara Iran. Tahun 1163, Empayar Abbasiyyah kehilangan kawasan Qatar, Bahrain dan bahagian perairan Teluk Parsi. Pada zaman ini, kebangkitan kaum Kurdish menentang Empayar Abbasiyyah semakin ketara mengaibatkan Empayar semakin banyak kehilangan kawasannya.
Sungguhpun begitu, pada zaman pemerintahan beliau, beliau berjaya menjatuhkan Empayar Fatimid yang selama ini bertahan selama 260 tahun dengan bantuan Salihuddin Al-Ayubbi (Salah seorang panglima terkuat pada zaman itu, beliau bukan dari Empayar Abbasiyyah, tetapi dari bani Kurdish iaitu dari Empayar Seljuk). Beliau mengajak Salihuddin Al-Ayubbi untuk menjadi salah seorang menteri Abbasiyyah tetapi Salihuddin menolak atas sebab ingin membuka empayar sendiri yang dikenali sebagai Empayar Ayubbi atau Ayyubid Dynasty (1171-1260). Khalifah ketika itu menghantar skuad Muqtafi (Skuad yang diperkenalkan oleh Khalifah Al-Muqtafi (1136-1160) untuk membantu askar Salihuddin Al-Ayubbi untuk menawan semula Baitul Maqdis.
Beliau juga ingin turun bersama Salihuddin Al-Ayubbi untuk menawan kawasan Hijjaz dan Mesir dan juga Baitul Maqdis, tetapi beliau meninggal dunia pada tahun 1170, satu tahun sebelum pembukaan Empayar Ayubbi setahun selepas kemangkatan beliau. Usia beliau berusia 46 tahun dan memerintah Empayar selama 10 tahun. Beliau makamkan di Baghdad, dan digantikan dengan Khalifah seterusnya, Al-Mustadi. Al Fatihah
Gambar: Lukisan Sultan Salihuddin Al-Ayubbi, Sultan pertama dalam Empayar Ayubbi, diiktiraf oleh Khalifah Al-Mustanjid sebagai panglima dan pemimpin hebat di Empayar Ayubbi


No comments:
Post a Comment