#senjata SENJATA BAB 7: GAUNTLET (GLOVE)
Gauntlet adalah sarung tangan besi yang dibuat pada zaman dahulu di mana fungsinya untuk menjaga tangan dari tercedera atau terputus jika berperang. Tiada siapa tahu siapa yang membuat gauntlet ini, tetapi mengikut sejarah, ia sudah dibuat sejak zaman Nabi Daud A.S. lagi. Gauntlet ini ada banyak jenis, ada yang dibuat dari kulit, ada yang dibuat dari besi dan ada yang mencampurkan ia. Seperti saya kata, ia ada macam-macam jenis dan pelbagai fungsi.
Ia sebenarnya adalah sebahagian "armor" yang menahan tangan si pemakai dari tercedera ketika berlawan pedang (tolong jangan fikir benda lain) dan ia juga boleh menjadi senjata dengan menumbuk orang jika perlu (well, consider senjata. Tapi jarang digunakan. Armor ini banyak ada di dalam game-game yang menceritakan zaman dahulu ataupun kini, Polis memakai sarung tangan sambil memegang pistol digelar Gauntlet, acara sukan "fencing" juga di mana pemain memakai sarung tangan di panggil gauntlet dan ahli pancaragam, terutama sekali drummer yang memakai sarung tangan juga digelar gauntlet.
Gambar: Contoh-contoh Gauntlet.





No comments:
Post a Comment